Dari Abu Hurairah R.A, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,
" Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ialah; mengikuti pengurusan jenazah, memenuhi jemputan dan menjawab (ucapan) orang yang bersin." Riwayat Bukhari
Persatuan Perubatan Islam Malaysia Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama Kursus Pengurusan Jenazah. Kursus ini dirangka demi memenuhi permintaan masyarakat yang sedar tentang peri pentingnya ilmu fardhu kifayah dalam era yang serba mencabar ini.
Butiran-butiran lanjut program adalah seperti berikut:-
Tajuk : Kursus Pengurusan Jenazah
Tarikh : 18 April 2009
Tempat: Bilik Syarahan 1 dan 2
Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS)
Masa : 9 pagi - 5 petang
Bayaran: hanya RM 15 untuk setiap peserta
(makanan tengahari dan minum petang disediakan)
Setiap peserta akan mendapat modul dan bahan-bahan pembelajaran sebaik sahaja mendaftar pada hari tersebut.
Sijil tamat kursus juga akan diberikan kepada setiap peserta sebaik sahaja kursus ditamatkan.
Antara modul yang akan dipelajari ialah:-
1) Kaedah pemandian jenazah yang betul
2) Kaedah pengafanan jenazah yang sempurna
3) Solat jenazah bagi lelaki dan perempuan
4) Pengebumian jenazah bagi lelaki dan perempuan
Kursus ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat (Lelaki dan perempuan yang telah baligh). Tempat adalah TERHAD.
Rebutlah peluang keemasan ini !!!!
Kepada yang berminat, sila hubungi:-
Halim - 013-303 1007
Iffah - 016-558 0551
Monday, April 13, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
